Tuesday, November 18, 2008

The ICT generation

MULTIMEDIA

Sebarang kombinasi teks, grafik, audio, animasi dan video yang disampaikan melalui komputer atau sebarang media elektronik

Multimedia Interaktif

Apabila pengguna dibenarkan melihat sesuatu aplikasi dalam kawalannya seperti ke hadapan, ke belakang ataupun dalam sebarang jujukan

Pembangunan Multimedia

Orang yang bertanggungjawab dalam menggabungkan semua elemen multimedia menjadi satu persembahan yang bermakna

Projek Multimedia

Perisian atau aplikasi atau mesej bersifat multimedia yang dipersembahkan melalui komputer . Ia memerlukan sejumlah besar daripada ruangan ingatan digital jika disimpan untuk kegunaan pengguna atau sejumlah besar daripada lebar jalur (bandwidth) jika disalurkan melalui talian atau fiber optik dalam sesuatu rangkaian komputer

Projek Multimedia Linear

Persembahan yang dilarikan daripada mula hingga akhir tanpa memerlukan sebarang kawalan dari pengguna

Projek Multimedia Tak Linear

Apabila pengguna dapat mengawal pengaliran persembahan sesuatu projek secara interaktif

Elemen-elemen Multimedia

Teks
Grafik
Audio
Video
Animasi


Elemen multimedia digabungkan menjadi satu projek menggunakan alat pengarang (Authoring Tools)

AUTHORING TOOLS

v Perisian untuk menguruskan setiap elemen multimedia secara individu.
v Menyediakan kemudahan interaksi antara pengguna dengan projek.
v Menyediakan kemudahan mengimport klip video,audio dan grafik daripada persisian (peripheral) lain.


SEJARAH RINGKAS

v Pita bunyi dan projector slaid
· Melibatkan 2 deria:penglihatan dan pendengaran
· Melibatkan peserta/penonton (ciri interaktiviti)

v Diperkembangkan selanjutnya mengikut perubahan evolusi teknologi

· Teknologi digital
· Komputer multimedia
· CD-ROM
· Kad bunyi
· CD-R
· Kad video
· Persidangan video/audio
· Ciri-ciri hypermedia:hiperteks dan hyperlink

MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN

· Persembahan
· Latihan
· Pemasaran
· Pengiklanan
· Demonstrasi
· Pangkalan data
· Katalog
· Komunikasi

v Persembahan akan menjadi lebi menarik dengan kombinasi klip video,audio,grafik,teks dan animasi.
v Latihan akan menjadi lebih berkesan dan makin berkembang,ini dapat dilihat melalui mekanisma simulasi.

· Contoh:pengguna menggunakan system ini untuk belajar membaiki televisyen.

MULTIMEDIA DI SEKOLAH

v Destinasi utama bidang multimedia
v Menukar cara/proses pengajaran dan pembelajaran
v Cara pembelajaran ini turut melibatkan pelajar itu sendiri.
v Contoh:ensklopedia, bahan rujukan pelajaran fizik,matematik dan lain-lain.

MULTIMEDIA DI RUMAH

v Internet
v CD-R
v Permainan komputer:Nintendo,Sega,Atari

MULTIMEDIA DI TEMPAT AWAM

v Hotel
v Stesen keretapi
v Tempat membeli belah
v Muzium
v Sebagai kiosk maklumat
· Penempahan barangan di tempat membeli belah
· Peta sesuatu tempat
· Aktiviti semasa
· Penjadualan perjalanan keretapi,kapal terbang
· Bantuan pengangkutan-contoh teksi,bas dan lain-lain


CIRI-CIRI PROJEK MULTIMEDIA YANG BAIK

Cara penyampaian

Adakah mesej :
Dapat disampaikan
Disampaikan seperti yang dikehendaki

Hiburan
Pengguna harus terhibur
Membawa/menunjukkan pengguna pengaliran projek tersebut
Membantu pengguna mengingati persembahan mengikut kadar ingatan masing2:

Ø 15% dari apa yang dapat didengar
Ø 25% dari apa yang dilihat
Ø 60% daripada interaktiviti yang dilakukan,jika ada

Rekabentuk
Penulisan
jelas
aliran logical
mudah dibaca
mudah difahami

Grafik dan animasi

§ gaya yang sesuai
§ pilihan warna yang sesuai
§ kualiti yang baik
§ pilihan grafik dan animasi yang sesuai
§ pilihan jangkamasa dan lokasi yang sesuai
§ perjalanan lancar

ü Penggunaan audio dan video

· pilihan audio dan video yang sesuai
· kesesuaian jangkamasa sesuatu audio/video diperdengarkan atau diperlihatkan.

q Penggunaan interaktiviti

o Keupayaan menerima cadangan,komen dan persoalan dari pengguna.
o Keupayaan merakamkan dan menyimpan data pengguna.
o Keupayaan memberikan tindakbalas yang cepat dan tepat.

" free lance "Membangun, membaik pulih dan menyediakan perkhdmatan rakaman video.

Website dan CD interactive

- hanya 400 utk satu website unlimited [bergantung kepada jenis website yang ingin dibangunkan].
- penyediaan domain dan hosting bergantung kepada kapasiti website [berlainan harga.


Repair & Install Komputer

- bergantung kepada kerosakan yang dihadapi.
- laptop juga disediakan utk membeli serta mengformat laptop.

shoot & edit video


- Menyediakan perkhidmatan merakam dan mengedit video utk:
1. majlis hari jadi.
2. majlis perkahwinan.
3. majlis2 amal.
4. majlis-majlis tertentu.

"membeli komputer & laptop baru"

Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor ini
lan - 017 2446849
azizi - 017 3195791

Kebaikan & Keburukan Topologi

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS
KEBAIKAN LINEAR BAS
1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
topologi Linear Bas.
2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.
KEKURANGAN LINEAR BAS
1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama
di dalam sesebuah bangunan yang besar.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH
KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG
1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal
disambung atau dialih.
3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan
perkakasan yang rosak.
KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG
1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk
menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana
melibatkan kos concentrators yang agak mahal.
4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan
kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN
KEBAIKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan
alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
3. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk
mengasingkan perkakasan yang berkenaan.
KEKURANGAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal
berfungsi.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling
melengkapi di antara satu sama lain.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabel
yang digunakan.
2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan
segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
topologi-topologi yang lain.

TOPOLOGI HIERARKI
Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.
TIMBANG TARA YANG PERLU SEMASA MEMILIH TOPOLOGI
Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu hendak memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria tersebut ialah:
1. Kewangan
Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.
2. Kabel
Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang berbanding topologi yang lain.
3. Manfaat Jangka panjang
Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.
4. Jenis kabel
Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair – UTP)

Linear Bas
Kabel sipaksi (Coaxial)
Pasangan berpintal(shielded pair)
Fiber optik
Ethernet
Local Talk

Bintang
Pasangan berpintal
Fiber
Ethernet
Local Talk

Bintang Cecincin (Star-wired ring)
Pasangan berpintal
Gelang Token
Pepohon (Tree)
Kabel sipaksi
Ethernet

PERKAKASAN
Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hab
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router

PENGKABELAN
Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan.
Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti:
1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP)
2 Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)
3 Kabel Sipaksi (Coaxial )
4 Kabel Fiber Optik
5 Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission)

PERISIAN DAN SISTEM PENGOPERASIAN SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN (NETWORK OPERATING SYSTEMS -NOS)
Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:
1 sesama pelanggan (peer-to-peer)
2 pelanggan-pelayan (client-server)

PROTOKOL
Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data.
Contoh-contoh protokol yang paling popular digunakan ialah:
1 Ethernet
2 Local Talk
3 Token Ring
4 FDDI

INTERNET
Internet ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yang disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecil dan bergerak lebih perlahan. Ia mempunyai amat banyak maklumat untuk dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia. Ini membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit sahaja.

TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki

JENIS-JENIS RANGKAIAN

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:

1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)


Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring)


2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan

3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.

Assistant IT Manager

Key Responsibilities

This classification provides computer operations and help desk services and support to computer, radio and
telephone users, and provides confidential and complex specialized office and administrative functions associated
with information technology. This position is responsible for such administrative responsibilities as budget,
purchasing and recordkeeping, as well as providing support for technical staff in the more routine computer-related
projects. The incumbent is expected to be able to respond to competing priorities and deadlines, and varying
workloads. This position may require both evening and weekend work. This is primarily an administrative support,
rather than a technical position.